SHAH ALAM: Keperluan bagi semakan semula tarif air sangat mendesak kerana hampir semua syarikat yang menguruskan bekalan air di negara ini beroperasi dalam keadaan rugi, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim.
Beliau berkata kadar tarif air ketika ini adalah terlalu rendah sedangkan perbelanjaan modalnya (Capex) agak tinggi.
Sehingga kini di Selangor, katanya sudah lebih 20 tahun tidak dilakukan kajian semula berhubung pelarasan tarif air.
"Tarif air sudah lebih 20 tahun tidak ada kajian semula. Elektrik kerap juga. Sebenarnya hampir kesemua syarikat menguruskan air yang ada beroperasi dalam keadaan rugi. Sangat rugi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 9 Nov lepas berkata kerajaan negeri secara rentas parti, bersetuju pada mesyuarat Majlis Air Negara supaya tarif air di negeri disemak semula dan satu mekanisme penetapan tarif baharu diwujudkan bagi mengawal selia kadar kenaikan tarif oleh syarikat pengendali.
Dalam pada itu, Izham berkata setakat ini beberapa usaha telah dilaksanakan kerajaan Selangor untuk meningkatkan keuntungan syarikat yang menguruskan air antaranya pembinaan loji rawatan air baharu serta penggantian paip usang bagi mengurangkan air dalam tanah berikutan kebocoran paip.
Izham turut memberikan komitmen bahawa penerima bagi program pemberian air percuma Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang terdiri daripada golongan B40 negeri itu tidak akan terjejas susulan jangkaan kenaikan tarif air baharu.
"Penerima SADE ini tidak akan terkena dengan (kenaikan) tarif ini kerana yang terlibat hanyalah pengguna komersial dan domestik yang menggunakan air lebih daripada 20 meter padu," katanya.
Beliau berkata sehingga kini hampir 400,000 rakyat Selangor daripada golongan B40 dan berkelayakan telah mendaftar untuk program tersebut dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh ke https://ssipr.selangor.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
SADE merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Izham berkata, kadar tarif air ketika ini adalah terlalu rendah sedangkan perbelanjaan modalnya (Capex) agak tinggi. - Gambar hiasan
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air - Mohd Nassuruddin
Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.
Pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik, bukan domestik di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb
Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.
Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada negeri yang tidak pernah melakukan pelarasan tarif arif melebihi 40 tahun.
Rungutan masalah air di Kelantan berkurang - Nassuruddin
Rungutan berkaitan masalah air di Kelantan semakin berkurangan berikutan usaha kerajaan menaik taraf keperluan itu.
Pelarasan kadar tarif air jamin perkhidmatan lebih baik - AWER
Pengumuman pelarasan tarif air yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah suatu usaha yang mampu menjamin perkhidmatan air yang lebih baik di negara ini.
Bermula 1 Februari, tarif air naik purata 22 sen setiap meter padu
SPAN umum tarif air pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan diselaras berkuat kuasa 1 Februari.
Isu tarif air: SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air.